Sunday, January 17, 2010

How To Use Comparator In Your Circuit









Comparator (Pembanding) banyak digunakan di dalam litar elektronik untuk membanding nilai voltan. Comparator akan membandingkan nilai voltan antara input (-) dengan input (+)








Apabila nilai V2> V1 ----> Output = +Vmax
Apabila nilai V1>V2 ----> Output = -Vmax



Jika nilai voltan pada V1 = V2, Keluaran akan menghadapi masalah. Oleh itu perintang R3 diperlukan seperti gambarajah di bawah bagi menghasilkan hysteresis. Ia juga dikenali dengan litar Schmitt.







































Voltan keluaran tanpa hysteresis.Hanya menggunakan satu voltan rujukan.
RED = Vref, YELLOW = Vin, GREEN = Vout















Voltan keluaran dengan hysteresis.Terdapat 2 voltan rujukan iaitu Vref (HIGH) dan Vref (LOW)
RED = Vref, YELLOW = Vin, GREEN = Vout



Contoh litar pengesan cahaya:







Thursday, January 7, 2010

Make your own circuit using IC 555

Gambarajah IC Timer 555

IC Timer 555 telah diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Signetics Corporation. IC ini juga dikenali dengan panggilan "THE IC TIME MACHINE". IC ini sangat porpular disebabkan harganya yang murah, stabil dan mesra pengguna. Banyak litar yang dapat dihasilkan oleh IC ini diantaranya ialah Monostable multivibrator, Astable Multivibrator, Bistable Multivibrator, litar pengesan dan banyak lagi.













Fungsi IC 555 ini lebih mudah difahami dengan Function Table di bawah.









Contoh litar pengesan cahaya:











Apabila dalam keadaan cerah, rintangan pada LDR rendah,voltan susut pada LDR pun rendah dan menyebabkan voltan susut pada VR1 dan voltan pada pin 2 menjadi tinggi. Bila voltan susut pada pin 2 melebihi 1/3 Vdd (1.66V) keluaran akan menjadi LOW. Apabila dalam keadaan gelap, rintangan pada LDR tinggi,voltan susut pada LDR pun tinggi dan menyebabkan voltan susut pada VR1 dan voltan pada pin 2 menjadi rendah. Bila voltan susut pada pin 2 kurang daripada 1/3 Vdd (1.66V) keluaran akan menjadi HIGH.


Contoh litar Bistable (Flip-flop SR):












Apabila suis SET ditekan keluaran akan menjadi HIGH. Litar ini akan mengekalkan keadaan HIGH pada output walaupun suis SET telah dilepaskan. Apabila suis RESET ditekan keluaran akan berubah menjadi LOW. Keadaan LOW pada output akan kekal selagi suis SET tidak ditekan.